BLOG PUSAT SUMBER SK. PARIT HAJI TAIB ...

IKLAN


Monday, July 6, 2009

PELANCARAN BULAN MEMBACA 2009

Alhamdulillah selesai sudah pelancaran Program Bulan Membaca peringkat sekolah pada pagi semalam (6 Julai 2009).Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohd Salji mewakili guru besar telah merasmikan pelancaran tersebut.Seperti tahun-tahun sebelum ini,Bulan Membaca tahun ini juga akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti untuk para pelajar.Selain itu hadiah-hadiah menarik juga menanti pelajar yang mengambil bahagian.

Selaku penyelaras Bulan Membaca, blogger berharap agar semua murid SKPHT akan mengambil bahagian dalam aktiviti dan pertandingan yang telah dirancang.Terima kasih diucapkan kepada semua panitia yang turut mengambil bahagian dalam Bulan Membaca ini.


Adalah diharapkan sepanjang sebulan kempen Bulan Membaca ini akan bertambah minat pelajar untuk membaca dan seterusnya akan bertambahlah ilmu di dada semua pelajar.Insyaallah



0 ulasan:

RENUNGAN

RENUNGAN

Blog Archive

MACAM-MACAM ADA